Ekspresi Glukosa 6-fosfatase

Pengekodan gen enzim terutamanya berlaku dalam hati, korteks buah pinggang, dan (sedikit sebanyak) di sel β pulau pankreas dan mukosa usus (terutamanya semasa kelaparan).[6] Menurut Surholt dan Newsholme, glukosa 6-fosfatase terdapat dalam pelbagai jenis otot di seluruh alam haiwan, walaupun dalam kepekatan yang sangat rendah.[8] Oleh itu, glikogen yang disimpan oleh otot biasanya tidak tersedia buat seluruh sel badan kerana glukosa 6-fosfat tidak boleh menyeberangi sarkolema melainkan ia dinyahfosforilkan. Enzim memainkan peranan penting semasa tempoh berpuasa dan apabila tahap glukosa rendah. Ada dapatan bahawa kebuluran dan diabetes mendorong peningkatan dua hingga tiga kali ganda dalam aktiviti glukosa 6-fosfatase dalam hati.[6] Aktiviti Glc 6-Pase juga meningkat secara mendadak semasa lahir apabila organisma menjadi bebas daripada sumber glukosa ibu. Gen Glc 6-Pase manusia mengandungi lima ekson yang merangkumi kira-kira 125.5 kb DNA yang terletak pada kromosom 17q21.[9]